Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan penjualan Beras Putih Tempatan (BPT) 5kg/bag dengan harga RM13 bagi manfaat rakyat negeri Selangor.
Jualan ini akan dilaksanakan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) di 4 outlet PKPS serta 3 lokasi jualan bergerak pada setiap hari sehingga bulan Disember 2023.
Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Selangor (KSPDS) bagi perkara berhubung kekurangan stok di kedai dan pasaran. Kepada rakyat Selangor, jika terdapat sebarang masalah bekalan, anda boleh menghubungi KSPDS di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Negeri melalui KSPDS komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh masa 24 jam bagi mengatasi aduan bekalan beras putih tempatan.
Source: Amirudin Shari FB