Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah mengadakan sesi penyerahan MyKiosk PJ @PJS 2/18 pada hari ini sebagai satu lagi usaha memperkasa komuniti peniaga kecil bandar.
Sesi penyerahan MyKiosk telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Datuk Bandar Petaling Jaya kepada 10 peniaga yang terpilih. Sebagai simbol sokongan dan dorongan kepada para peniaga, turut disampaikan topi serta apron sebagai kelengkapan permulaan perniagaan mereka.
Untuk makluman, MBPJ menawarkan kadar sewaan yang berpatutan iaitu RM 120.00 sebulan dengan pengecualian bayaran sewa selama tiga (3) bulan pertama.
Inisiatif ini diharap dapat memperkasakan peniaga kecil, merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta menyumbang ke arah peningkatan taraf sosioekonomi komuniti.
Bagi peniaga yang berminat untuk menyewa MyKiosk, anda boleh melihat Senarai Kekosongan MyKiosk dan premis sewaan MBPJ yang lain di laman web rasmi Majlis, https://www.mbpj.gov.my/ atau boleh hadir sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Source:MBPJ



