MBPJ telah diiktiraf oleh pihak UNICEF sebagai Calon Bandar Pertama Mesra Kanak-Kanak di Malaysia atas segala inisiatif dalam menyediakan peluang dan kemudahan yang mesra kepada kanak-kanak serta menjadi PBT pertama di Malaysia yang melibatkan golongan kanak-kanak dalam proses perancangan pembangunan melalui platform Ahli Majlis Kanak-Kanak.
Bengkel yang diadakan hari ini bersama Fakuliti Pendidikan UKM akan mengfokuskan polisi penglibatan dan perlindungan kanak-kanak bertujuan memberi panduan kepada seluruh warga MBPJ serta pemegang taruh yang terlibat berkenaan garis panduan yang harus dititikberatkan semasa penglibatan kanak-kanak didalam aktiviti atau sesuatu projek yang telah dirancang.
Polisi ini merangkumi penglibatan dan perlindungan kanak-kanak seperti :-
i). Melibatkan diri didalam acara yang dianjurkan oleh pihak MBPJ
ii). Kawasan komuniti dan sekolah
iii). Acara sukan
iv). Perancangan bandar (infrastruktur)
v). Membuat keputusan awam berkenaan kanak-kanak (termasuk polisi dan bajet).
Source:MBPJ FB