Bantuan Rumah Perlindungan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk menjalin kerjasama dan membantu serta menambahbaik rumah perlindungan bagi memberi perlindungan kepada golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender yang dilaksanakan di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS).
Objektif bantuan ini adalah:
• Sebagai sebuah inisiatif dari Kerajaan Negeri dalam menyantuni pemandiri melalui pemberian peruntukan kepada rumah-rumah perlindungan sedia ada untuk menambahbaik fasiliti atau perkhidmatan yang berkaitan;
• Memberi perlindungan sementara yang berkualiti kepada pemandiri keganasan rumah tangga daripada pendera; dan
• Membina rangkaian kerjasama untuk meneroka pilihan yang lebih luas kepada pemandiri.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang WBS di : https://www.wbselangor.com.my/geran-rumah-perlindungan-wbs/
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2024
Source:Wanita Berdaya Selangor FB