Petaling Jaya bakal melangkah ke usia 19 tahun sebagai bandar raya. Sebuah perjalanan yang penuh makna, melakar pelbagai kejayaan dan disemarakkan oleh semangat komuniti yang utuh.
Sempena ulang tahun ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membawakan pelbagai program dan acara menarik sepanjang bulan Jun yang merangkumi:
Aktiviti komuniti & keluarga
Program pengembangan bakat dan daya fikir
Acara sukan & rekreasi
Inisiatif hijau & lestari
Sokongan keusahawanan & ekonomi
Sambutan ini bukan sekadar meraikan usia, tetapi menghargai warga Petaling Jaya yang menjadi nadi kepada sebuah bandar raya yang progresif, mampan dan paling bahagia untuk didiam.

Source:MBPJ



